30 Oktober 2011

Permainan Bahasa ( Susun Perkataan )

Layari laman ini untuk memulakan permainan menyusun perkataan. Selamat berjaya.

http://www.adap.com.my/infoMedia.php?id=37


Sumber Portal Pendidikan Utusan.

Latihan Ulangkaji UPSR

Sumber Portal Utusan

 Ingin mantapkan penguasaan Bahasa Melayu layari  http://www.adap.com.my/infoMedia.php?id=582 untuk menjawab latihan-latihan. Semoga berjaya dalam peperiksaan UPSR.

http://www.adap.com.my/infoMedia.php?id=582

Latihan Dialog


Baca dialog di bawah dan jawab latihan yang diberi.


Ranjit              : Selamat pagi, Encik Raja. Saya murid Sekolah Kebangsaan Lembah
Beringin. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang kadar sewa bas  
yang pihak encik kenakan bagi perjalanan ke utara.

Pengusaha bas : Kadar sewa yang dikenakan sebanyak RM200 untuk perjalanan sekitar
  Bandar dan RM800 untuk ke negeri lain.

Ranjit              : Bolehkah pihak encik kurangkan kadar sewa tersebut mengikut harga
   tambang kanak-kanak? Kami dari dari sekolah rendah encik.

Pengusaha bas : Kadar sewa yang kami kenakan adalah standard, iaitu tanpa mengira  
                          umur penumpang.

Ranjit              : Kalau begitu, bagaimanakah cara bayarannya?

Pengusaha bas : Kamu boleh membuat bayaran secara tunai sebelum memulakan
  perjalanan.

Ranjit              : Adakah wang cagaran diperlukan, encik?

Pengusaha bas : Kamu tidak perlu membayar wang cagaran. Bayarlah secara tunai pada
  hari kamu akan bertolak.

Ranjit              : Baiklah, terima kasih Encik Raja. Saya akan hubungi encik bagi
  menentukan tarikh kami memerlukan perkhidmatan tersebut.

Pengusaha bas : Sama-sama. Kami sentiasa bersedia untuk dihubungi.


Latihan.


1. Garisi frasa kata yang menunjukkan permintaan untuk mendapatkan penjelasan dalam dialog
    di atas.

2. Buat satu peta minda yang menunjukkan isi utama dan isi sampingan berdasarkan dialog di
    atas.

3. Tulis dialog antara kamu dan seorang guru untuk mendapatkan penjelasan tentang cara 
    membuat sebuah buku skrap untuk satu mata pelajaran.

Cerita


BATU BELAH BATU BERTANGKUP


            Di sebuah kampung tinggal Mak Tanjung bersama dengan dua orang anaknya iaitu Melur dan Pekan. Mereka tinggal di kaki Gunung Berapit. Sejak suami Mak Tanjung meninggal dunia, dia menjadi seorang yang pendiam dan asyik bersedih. Kerjanya mencari akar kayu untuk dibuat ubat juga diabaikan.
            Pada suatu hari Mak Tanjung teringin benar untuk makan telur ikan  tembakul,

“Melur, Ibu hendak pergi kesungai untuk menangguk ikan, jika ada rezeki, kita akan makan telur ikan tembakul hari ini. Kamu duduk dirumah sahaja dan jangan pergi kemana-mana” Kata Mak Tanjung kepada anaknya Melur.

“Baiklah Ibu”

Mak Tanjung pun pergi kesungai menangguk ikan. Sudah lebih 1 jam dia menangguk ikan, tetapi masih tidak mendapat apa-apa hasil

“Aduh, laparnya perut aku, hari telah hampir petang tetapi seekor ikan pun tidak aku temui” Mak Tanjung berbicara sendirian…

Tiba-tiba………….

“Wah, besarnya ikan tembakul ini….. eemmm……mesti besar juga telurnya , puaslah aku makan nanti”… bicara Mak Tanjung dengan gembiranya apabila telah berjaya menangguk seekor ikan tembakul yang besar.

Mak Tanjung pun pulang kerumah dengan perasaan yang sangat gembira..

Tiba dirumah, Mak Tanjung menjerit memanggil anaknya……….

“Melur….. Melur…… manalah budak ni, Melur…Melur…..” jerit Mak Tanjung

“Ya…. Ya….. Melur datang Ibu” Sahut Melur sambil berlari-lari kearah ibunya

“Melur, masaklah ikan tembakul ini dan masaklah juga telurnya sekali, Ibu ingin makan telurnya” kata Mak Tanjung.

“Baiklah ibu” kata Melur

Mak Tanjung pun terus ke sungai untuk mandi..

Selepas siap memasak gulai itu. Melur pun mengasingkan semangkuk untuk ibunya dan semangkuk lagi untuk dia dan adiknya Pekan.

“Pekan mari kita makan” Melur pun memanggil adiknya.

Pekan makan dengan gelojoh sekali Apabila habis dia meminta lagi..
‘Kakak, Pekan nak makan telrt tembakul lagi….” Minta pekan

“Tak boleh, telur yang atas para itu untuk ibu”.. nanti akak gorengkan telur ayam ye?.” Pujuk Melur.

“Pekan tak mahu… pekan tak mahu.. pekan nak telur tembakul juga Pekan tak mahu telur ayam”… rayu Pekan kepada kakaknya sambil menangis..

Kerana tidak sanggup melihat adiknya menangis, Melur pun memberikan sedikit telur tersebut kepada adiknya… Apabila habis dimintanya lagi…..

Tidak lama kemudian Mak Tanjung pun pulang, Dia mahu makan. Pekan pun menghidangkan ikan tembakul sahaja..

“Mana Telur tembakul”Tanya ibunya

“Sudah habis Ibu, Pekan dah makan semuanya” jawab Melur perlahan.

“Sampai hati kamu tidak meninggalkan sedikit pun untuk Ibu”kata Mak Tanjung kecil hati.

Sedih benar hatinya kerana anak-anaknya terlupa kepadanya. Mak Tanjung merajuk lalu berkata..

‘Kamu memang tidak menyayangi ibu, jika begitu biarlah ibu pergi ke batu belah batu bertangkup” kata Mak Tanjung sambil berlari masuk ke dalam hutan.

Di dalam hutan itu ada batu belah yang berpuaka. Jika batu itu lapar ia akan terbelah dan bila sudah dapat mangsa ia akan tertangkup” Apabila Mak Tanjung, berkata dia akan pergi ke batu belah, batu itu pun mangaummmm dengan kuatnya..

“aummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm”

Mak Tanjung berlari dengan lajunya kearah batu belah itu. Melur dan Pekan pun mengejar dari belakang sambil memanggil ibunya..

“Ibu….Ibu….. maafkan kami…. Ibu… Ibu… jangan tinggalkan kami…Ibu.. Ibu….”jerit Melur dan Pekan Sambil menangis..

Mak Tanjung tidak menghiraukan jeritan anak-anaknya… dia terus juga berlari menuju kearah batu berpuaka itu..

Batu berpuaka itu semakin kuat ngaumanya,, ‘aummmmmmmmmmm’ semakin dekat Mak Tanjung semakin kuat ngaumannya..’aummmmmmmmmmmmm”

Ketika mengejar Mak Tanjung, Adik Melur, Pekan inginkan susu,,,….

“Kak, Pekan lapar susu Ibu kakak, Pekan lapar susu ibu kakak” kata pekan sambil menangis.

Melur pun memanggil ibunya,

“ Ibu…. Ibu…tunggu Pekan lapar susu…. Ibu.. Ibu Pekan lapar susu tunggu….”  Jerit Melur memanggil ibunya….

Mak Tanjung terdengar jeritan Melur, dia pun memerah susu di dalam daun keladi… sambil berkata..

“Selamat tinggal anak-anak ku ini lah susu terakhir dari ibu”

Setelah selesai Mak Tanjung pun terus berlari sambil menyanyi…

“Batu belah….batu bertangkup makanlah aku telanlah aku.. aku kempunan telur tembakul…”

Pada masa yang sama juga batu itu terus mengaum dengan kuat sekali..

“Aummmmmmmm” aummmmmmmmmmmm….. aummmmmmmmmm.

Di Pertengahan jalan Melur berjumpa dengan susu yang diperah oleh ibunya dan memberikan kepada Pekan… setelah abis susu tersebut diminum oleh pekan. Mereka berdua terus mengejar ibu mereka sambil menjerit…

‘Ibu…. Jangan tinggal kan kami,,, kami mahu ibu pulang”

Ummmmmmmmmmmmm.. ummmmmmmmmmmmmmmmmm.. Batu belah bersuara

Pada waktu yang sama Mak Tanjung telah tiba di batu belah tersebut….

Namun begitu Melur dan Pekan berlari sekuat hati untuk menghalang ibu mereka. Namun nasib mereka begitu malang, batu belah telah tertangkup dan bayangan ibu mereka juga telah tiada yang ada Cuma rambut ibu mereka sahaja….

Mereka menangis sekuat-kuat hati mereka..

“Ibu….. Ibu…. Ibu…. Sampai hati ibu tinggalkan kami….

Setelah batu belah itu memakan Mak Tanjung, batu belah itu terus tertangkup dan tidak pernah mengaum lagi sehingga kini.

Oleh itu kita hendaklah menyayangi serta mengingati kedua ibu bapa kita, bak kata pepatah. “sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.





Latihan Laporan


Baca laporan di bawah buat latihan yang diberikan.


Laporan Ekspedisi di Puncak Gunung Brinchang


Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Kasih telah mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Brinchang, di Cameron Highlands. Sebanyak 30 orang anggota pengakap menyertai ekspedisi tersebut. Ekspedisi tersebut bertujuan untuk menambahkan pengalaman murid di samping memupuk nilai cinta akan alam sekitar.

Apabila tiba di destinasi, kami menurunkan barang-barang dari bas. Kemudian, kami dibawa ke Gunung Brinchang. Suasana di tempat itu sungguh sejuk. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ juga agak berbeza dengan tumbuhan yang terdapat di tempat kami. Kami diberi penerangan oleh guru tentang sejarah tempat itu.

Selepas itu kami diberi taklimat tentang ekspedisi tersebut. Para peserta diarahkan berkumpul di stesen yang pertama. Di situ peserta ekspedisi diberikan taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti pertama ialah pertandingan mencari harta karun. Aktiviti tersebut sungguh menyeronokkan dan mencabar kemampuan kami. Pasukan Helang telah memenangi pertandingan tersebut.

Kemudian, kami beredar ke stesen kedua. Di situ kami diberitahu bahawa aktiviti mendaki Gunung Brinchang akan diadakan. Saya rasa aktiviti kali ini lebih mencabar walaupun jalan menuju ke puncak agak mudah. Namun, para peserta perlu memiliki daya tahan serta stamina yang tinggi. Kami kuatkan semangat untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Akhirnya, semua peserta tiba juga di puncak. Dalam diam-diam, guru mencatatkan nama peserta yang paling cepat tiba di puncak. Ketika di puncak gunung tersebut kami berbincang tentang aktiviti seterusnya yang akan kami lakukan. Akhirnya kami diarahkan bergerak dalam kumpulan. Kami diminta meneroka kawasan puncak gunung tersebut sambil menyenaraikan seberapa banyak flora dan fauna yang kami temukan. Kami melakukan aktiviti tersebut dengan gembira.

Setelah melakukan pelbagai aktiviti, para perserta dikumpulkan semula untuk melaksanakan acara penyampaian hadiah. Walaupun tidak mendapat apa-apa hadiah, saya tetap gembira kerana itulah pengalaman pertama saya dibawa mendaki gunung. Selepas itu, kami bertolak pulang dengan membawa seribu kenangan yang tidak mungkin kami lupakan.


Laporan disediakan oleh,                                                                  11 Ogos 2010


…………………....
(Mamat bin Bakar)              
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Seri Kasih.


Latihan.

  1. Kamu telah mengikuti satu lawatan anjuran kelab/ persatuan sekolah kamu. Tuliskan laporan tersebut.
  2. Sekolah kamu telah mengadakan kem motivasi untuk murid-murid menghadapi UPSR. Sebagai setiausaha kem, tuliskan laporan tentang kem tersebut.         

Aktiviti Dialog

Baca dialog di bawah, garisi ayat yang menunjukkan watak menggunakan bahasa memujuk untuk mempengaruhi rakannya.


Azman             :           Khairul, Narendra, mari kita ke   sekolah malam ini. Kelab
Astronomi akan menjalankan aktiviti mencerap gerhana tau! Saya seronok kalau kamu hadir sama.

Khairul            :          Apa yang menariknya aktiviti itu? Saya sudah merancang untuk
menemani abang saya ke dewan bandaran, menonton konsert.

Azman             :         Konsert itu tidak sesuailah dengan kita sebagai murid. Aktiviti
Kelab Astronomi itu lebih berguna, Khairul.

Narendra         :          Mengapa tidak beritahu lebih awal?

Azman             :          Saya pun baru mendapat maklumat dari sekolah. Janganlah
berikan pelbagai alasan. Tidak rugi kalau kamu berdua ikut saya ke sekolah.

Khairul            :           Dalam buku, bukankah sudah diceritakan tentang gerhana?
Untuk apa lagi kita melihatnya?

Narendra         :          Dalam buku itu hanya penerangannya sahaja. Kelab Astronomi
sekolah kita ni membuat amalinya. Amalilah yang lebih penting!

Azman             :          Terima kasih Narendra. Kamu nampaknya sudah bersetuju
mengikut saya. Khairul, apa lagi? Peluang melihat gerhana betul-betul peluang keemasan! Rugi kamu nanti.

Khairul            :           Bolehlah! Saya ubah rancangan saya. Tambahan pula, tiket
konsert itu belum dibeli.



Latihan:          1.  Sekolah kamu akan mengadakan satu perkhemahan badan
     beruniform. Rakan kamu tidak berminat untuk menyertai     
     perkhemahan itu. Tulis satu dialog mengunakan bahasa memujuk 
     untuk mempengaruhi  rakan kamu menyertai perkhemahan itu.

Jasa Ibu Bapa

              Setiap anak berbangga dengan ibu bapa masing-masing. Ibu bapalah yang memelihara dan menjaga kita sehingga kita dewasa. Oleh sebab itu, kita sebagai anak patut membalas jasa dan pengorbanan mereka berdua.
 
            Sebagai murid kita boleh membalas jasa kedua ibu bapa kita dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Perit getir ibu bapa memelihara kita akan terubat jika melihat kita berjaya dalam hidup. Ibu bapa juga akan berasa bangga dengan kejayaan anak-anaknya.

            Selain itu, menjaga maruah ibu bapa dan keluarga kita juga adalah cara membalas jasa ibu bapa kita. Ibu bapa akan berasa malu jika kita melakukan sesuatu perkara yang tidak baik atau melanggar undang-undang. Anak-anak yang baik dan berbudi bahasa membuatkan ibu bapa berasa telah berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang baik.
           
            Pada masa lapang, kita juga boleh membantu ibu bapa kita membuat kerja-kerja yang mampu kita lakukan. Membasuh pinggan mangkuk, baju, kain atau kasut sendiri dapat meringankan beban ibu bapa kita. Tentu ibu bapa berasa gembira jika kita membantu mereka.

            Setelah kita dewasa dan berjaya, janganlah kita lupa terhadap ibu bapa kita. Pengorbanan dan  jasa mereka memelihara kita sangat sesuai kita balas pula dengan menjaga ibu bapa ketika mereka telah tua. Ibu bapa sangat berharap kita dapat menjaga mereka apabila mereka telah tidak berdaya.

            Marilah sama-sama kita menghargai dan membalas pengorbanan dan jasa ibu bapa kita. Sesungguhnya mereka amat istimewa bagi diri kita. Oleh sebab merekalah kita lahir ke dunia.


29 Oktober 2011

KELAS MAYA

 Sumber : Utusan Malaysia Online - Megabait



DALAM usaha membantu mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan sistem pelajaran yang lebih canggih lagi bersepadu di sekolah, TDM Plantation Sdn. Bhd. baru-baru ini menyumbang RM87,000 kepada Sekolah Kebangsaan Padang Kubu di Kemaman, Terengganu untuk menubuh tiga kelas maya di sekolah tersebut.
Ia merupakan sumbangan yang keempat oleh syarikat terbabit yang merupakan anak syarikat milik TDM Berhad, kepada sekolah-sekolah rendah di Terengganu menerusi usaha tanggungjawab sosial korporatnya.
Awal tahun ini, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Telok Kalong dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir telah pun menerima sumbangan bagi tujuan yang sama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Halim Yusof, dengan membantu sekolah menubuhkan kelas maya, ia akan meningkatkan lagi minat belajar di kalangan murid dan mendidik mereka mengenai pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran.
''Penubuhan kelas maya sebegini di sekolah-sekolah dapat mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pelajaran di mana komputer akan digunakan sebagai sokongan kepada proses pembelajaran yang lebih bersepadu antara guru dan pelajar sekolah," kata beliau.
Inisiatif seperti ini juga dapat meningkatkan mutu pelajaran di kalangan anak-anak pekerja TDM Plantation.
''Seterusnya, ia mampu mewujudkan satu persekitaran yang kompetitif kepda kanak-kanak estet supaya turut cemerlang dalam proses pembelajaran mereka,'' katanya.
Ab. Halim menjelaskan bahawa adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab korporat TDM agar sentiasa membantu masyarakat sekeliling di mana mereka beroperasi; dengan menghulurkan sokongan dalam pelbagai cara terutama dalam menangani isu-isu pelajaran dan pembasmian kemiskinan.
Kelas maya adalah integrasi ICT melalui perisian, perkakasan dan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Ia melibatkan penggunaan jaringan Wi-fi , interactive Smart Board dan e-book dalam bilik darjah, melibatkan guru dan murid berinteraksi antara satu sama lain.
''Kami akan terus membantu sekolah-sekolah lain untuk menubuhkan kelas-kelas maya di masa hadapan, ''ujarnya.

MUTIARA KATA


“Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan”.

                                                                                                                               “Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan”.

           
 “Selagi kita sentiasa mengharapkan orang lain maka selagi itulah kita tidak akan mampu untuk berdikari”.

“Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan”.


“Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya”.
                                                                                

“Seorang
karyawan yang tidak dapat menghasilkan kerja yang baik samalah seperti seorang karyawan yang tidak mempunyai bakat langsung”.

                                                                                   
“Keamanan itu amat mudah untuk dilaksanakan. Tetapi
manusia sengaja menjadikannya sukar”.


“Harta menjaminkan dunia,
Iman menjadikan akhirat”.

                                                                       
“Setiap manusia mempunyai
dua matlamat, iaitu
cita-cita
dan
kejayaan”.

                                                                      
“Kawan
yang sebenar ialah
orang yang dapat menerima diri anda
yang sebenar”.

                                                                                             
“Kita
tidak harus keliru di antara tentangan
dan
tidak setia”.


“Kesenangan hati dan
ketenteraman jiwa lebih berharga
 dari
kesenangan pangkat
dan
kekayaan”.

                                             
“Sentuhan
seorang penyair biasanya
dipandang indah”.

                                                                                   
“Orang
yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku”.
                                                                            
          

“Dalam kita berusaha menuju
ke zaman yang lebih mencabar maka janganlah dilupakan nilai-nilai yang telah membendung kita dari kepincangan”.

                                                                       

“Tiada
pengubah lagu
yang tidak berbangga dengan ciptaan
lagu pertamanya”
                                                                                 
“Apa yang
kita lakukan dalam waktu kerja
menentukan apa yang kita miliki,
apa yang
kita lakukan di waktu lapang menentukan apa kita”.

                                                                                   
“Sedikit haruman akan melekat
pada tangan orang yang  memberi
mawar”

                                                                                   
“Cuma ada
satu kebaikan
iaitu
pengetahuan
dan
satu kejahatan iaitu
kejahilan”.
                                                                                  
“Guru
tidak boleh hidup
sekiranya tiada  murid,
murid
tidak boleh hidup sekiranya tiada guru”.

                                                                                   

“Agama
adalah pelindung
daripada
kejahatan”.
                                                                      

“Setiap hajat
pasti tercapai andainya
kita
tidak pernah mengecewakan impian orang lain”.


“Setiap
manusia
adalah
pereka bentuk
nasibnya
sendiri”.
                                                                                   

“Buku yang baik umpama sahabat yang paling akrab;
ia
tidak akan berubah hari esok dan selama-lamanya”.
                                                                                
                                                                                
“Berikan
setiap orang telinga anda tetapi berikan segelintir sahaja suara anda”.

                                                                 
 “Warna mempunyai banyak pengertian, terpulanglah kepada kita sendiri untuk menentukan corak dan warna yang dipilih”.

                                                                             
“Semangat
yang kuat mampu mengatasi
apa saja
cabaran yang akan datang”.

                                                                             
“Fikiran
membawa kepada pekerjaan.
Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan
membawa kepada impian”.
                                                                                   

“Mental
yang kuat dapat menandingi fizikal yang gagah”.

                                                                                 
“Kritikan umpama seseorang yang tahu arah tetapi
tidak tahu memandu”.
                                                                                   
“Perbuatan yang baik biasanya diperolehi dengan risiko tinggi”.
                                                                                  

“Taraf manusia akan hilang apabila seseorang itu tidak dapat berfikir”.
                                                
“Kesabaran itu pahit
tetapi
buahnya begitu manis”.
                                                                                 
 “Belajar untuk hidup dan
hidup untuk belajar”.
                                                                                
“Perkara senang akan
menjadi susah sekiranya
tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh”.
                                                                                 
“Angan-angan akan
menjadi kenyataan
jika
disusuli dengan usaha”.
                                                                                   
“Orang yang sering mengecewakan hati seseorang sukar untuk menikmati kebahagian dalam hidup”.
                                                                                   

“Kita sering memikirkan pelbagai perkara negatif untuk
ke tempat baru
dan
memperkatakan keburukan tempat lama”.

 “Anda tidak
akan mengetahui apa yang cukup selagi
tidak mengetahui apa yang tidak cukup”.
     
                                                                           
“Tiga orang
boleh
menyimpan rahsia
sekiranya
dua sudah meninggal”.
                                                                                 
“Apabila
perigi telah kering
baru kita tahu betapa
air itu berharga”.

                                                                                   
“Pekerjaan yang dilakukan dengan tergopoh-gapah tidak pernah siap”.
           
“Jika
poket anda penuh,
anda tidak pernah kekurangan sahabat”.

                                                                                   
“Seseorang lebih mempercayai apa yang didengar dari apa yang dilihat”.
                                                                                   
“Pada
 hari kemenangan tidak ada seorang pun yang penat”.
                                                                                  
         
“Musuh menikam kita dari depan tetapi
 kawan menikam kita dari belakang”.
                                                                       

 “Kesedaran
tidak
pernah datang selagi
manusia belum terlanjur
dan tersilap langkah”.
                                                                                

“Orang yang tidak berilmu umpama sampan tanpa pendayung”.


“Membantu
orang malas umpama memasang pelita waktu siang”.

“Hari yang mendatang
tidak memberikan sebarang makna
jika
kegagalan semalam tidak dijadikan teladan”.
                                                                                  
“Pendidikan menjadikan manusia bijak berilmu,
manusia lemah ketinggalan”.

                                                                                  
“Sedetik
waktu berlalu, sepantas itulah manusia ketinggalan”.
                                                                                  
“Orang yang bersemangat tidak pernah mengenali erti putus asa”.
                                                                                 
“Impian tidak akan
menjadi kenyataan selagi kita
hanya mengharap dan
tidak berusaha”.
                                                                                  
“Orang cerdik menjadi
buta
akibat sikap buruknya sendiri”.
                                                                                   
“Buku yang baik umpama
sahabat yang paling akrab;
ia tidak akan berubah hari esok dan
selama-lamanya”.
                                                                     
“Seseorang
lebih mempercayai apa
yang didengar
dari
apa yang dilihat”.
                                                                                  
“Semua
 perkara adalah sukar
sebelum ia
menjadi mudah”.
                                                                                                                
“Jangan lemparkan batu ke tingkap jiran jika
tingkap anda tingkap kaca”.
                                                                                   
“Hidup berpura-pura adalah
hidup yang
sia-sia”.
                                                                                  
“Penuhi
hidup anda dengan memanfaatkan masa”.

 “Keazaman yang kuat adalah pelaksanaan citi-cita”.
          
 “Kuasailah masa
sebelum diburu waktu”.

 “Perbaiki ketrampilan diri, tingkatkan ilmu, sedari kesalahan untuk menjadi manusia yang disegani”

“Hidup
tanpa tujuan
selalunya
mendukacitakan”.

 “Kerja
separuh jalan ibarat
membuat kerja tanpa kesungguhan”.

“Buku
yang baik mengisi minda dengan
ilmu yang baik”.

 “Mendahului kerja yang perlu adalah lebih baik dari menangguhkan kerja yang terbengkalai”.

“Ilmu
hanya berguna apabila
diajar kepada orang lain sekalipun sedikit”.