8 Ogos 2012

Kertas Kerja Bilik Khas Bahasa Melayu




SK. LEMBAH BERINGIN, KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR




KERTAS KERJA
MEWUJUDKAN DAN MENCERIAKAN BILIK KHAS BAHASA MELAYU
2012


  1.  Pendahuluan

Bilik Khas Bahasa Melayu perlu diwujudkan bertujuan untuk memastikan pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik dan dengan ini akan  memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru SKLB, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik murid-murid SKLB untuk datang ke bilik Khas Bahasa Melayu dengan lebih kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya kepada murid-murid.
Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, dan dasar “Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” maka Panitia Bahasa Melayu SK Lembah Beringin mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan menceriakan Bilik Khas Bahasa Melayu. Maka  wajarlah ia  dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik di SK. Lembah Beringin bagi menjamin kecemerlangan  pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar.

2.         Objektif
·         Penggunaan yang optimum Bilik Khas Bahasa Melayu dalam kalangan warga SKLB dapat mendedahkan dan meminati Bahasa Melayu dalam penulisan atau lisan.
·         Membentuk suasana Bilik Khas Bahasa Melayu yang lebih ceria dan selesa untuk kemudakan warga SKLB.
·         Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu yang dapat memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita dan mewujudkan suasana yang lebih  menyeronokkan.
·         Menempatkan bahan bacaan yang diminati murid untuk menambah ilmu pengetahuan.

3.         Rasional & Matlamat
·         Memastikan Bilik Khas Bahasa Melayu  sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Melayu supaya guru dapat bahan p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

·         Meningkatkan kualiti pengurusan fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan lebih sistematik untuk menjadi sekolah Berprestasi Tinggi.

4.         Lokasi Sasaran
Bilik Khas Bahasa Melayu ( bersebelahan dengan makmal komputer) rujuk lampiran.

5.         Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)
Bahan-bahan keperluan dan bahan untuk keceriaan Bilik Khas Bahasa Melayu
BIL
PERKARA
KUANTITI
ANGGARAN HARGA
CATATAN
1.
Polystrine colour
1        pack
RM 92.00

2.
Mesin pencetak 3 dalam 1
Printer 3 in 1
1
RM 350.00

3.
Alat Pemotong  Polystrine
1
RM 120.00

4.
Tikar Getah
1 Gulung
RM 300.00

5.
Laminating Film
1  pack
RM 42.00

6.
Kertas  A4
10  rim
RM100.00

7.
Stationary
(double tape,double sided)

RM 20.00

8.
Cat  simen ( unggu muda)
5 liter
RM 38.00

9.
Kertas warna (warna biru tua)
30 x RM 1.20
RM 36.00

10.
Kertas kajang (examination pad )
5 rim x RM 16.00
RM 80.00

11.
Langsir, rel dan cangkuk
5 panel
RM 300.00

12.
Rak buku
2 X RM 150
RM 300.00

13
Cutter papar trimmer
1
RM 90.00

14
Hole Punch
1
RM 15.00

15
Staples Gun
1
RM 20.00

16
Sahibba
5 X RM 55.00
RM 275.00

17
CD Bunner
50 keping
RM 50.00

18
Kamus Dewan Terkini
2 buah X RM 60.00
RM 120.00

19
Kamus Pelajar
5 X RM 22.00
RM 110.00

20
Jam dinding
1
RM 40.00


Jumlah
RM 2498.00



6.         Sumber Kewangan
     PIBG SK Lembah Beringin

7. Organisasi Panitia Bahasa Melayu

Ketua                           :           Nasation b. Mohamad Idris.
Ajk                              :           Cik Norzaila bt. Amir
                                                En. Maarof b. Saleh.
                                                Pn. Norziah bt. Md. Ali
                                                En. Shukri b. Sulong
           


                       
8. Penutup
            Pihak kami amat mengharapkan semoga projek  ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan  murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh,

.......................................                                                         ……………................................
(NASATION B. MOHAMAD IDRIS)                                 (PN.HJH. NORLIA BT. SUKRI)           Ketua Panitia Bahasa Melayu.                                               Guru Besar,                                                 SK. Lembah Beringin.                                                           SK. Lembah Beringin.


 Disahkan oleh,

…………………………………..
( YDP PIBG SKLB)





Lampiran



 

Gambar hadapan cadangan Bilik Khas Bahasa Melayu.

 Di bahagian belakang di dalam bilik.


Di bahagian hadapan di dalam bilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan