SOALAN LATIHAN

KERTAS 1 PEMAHAMAN SET 1



Soalan 1 hingga Soalan 22
Pilih jawapan yang betul
1 Raja Nizam Syah amat masyghul apabila mendengar perkhabaran itu lalu__________ mengambil keputusan untuk berkelana.

A patik
B hamba
C baginda
D beta

2 “________________kamu menonton televisyen sahaja, ________________kamu membantu ibu di dapur”, kata ibu kepada Farhana.
A Dari…pada
B Daripada…lebih baik
C Dari…lebih baik
D Daripada…pada

3 Cikgu Zahidi mengambil anak kunci di pejabat____________hendak membuka pintu bilik Kemahiran Hidup.

A lalu
B kerana
C sambil
D sementara

4 “Jangan bermain di____________lombong itu.Airnya sangat dalam.” pesan ibu kepada Amir.
A tepi
B tengah
C penjuru
D pangkal



5 Angin yang bertiup__________telah menumbangkan sebatang pokok yang besar di tepi jalan itu .

A laju
B ligat
C deras
D kencang

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.







6 Seekor ibu burung sedang______________sarangnya di atas dahan.
A menyirat
B mengait
C menjalin
D menenun

7 Kamarul membeli beberapa_______________pisang emas dari kedai Pak Jalil untuk dibuat jemput-jemput.

A buah
B ikat
C sisir
D gugus



8 Ayah Hafiz telah berusia 70 tahun. _______________dia masih gigih mengusahakan ladang buah naganya.

A Namun demikian
B Di samping itu
C Sekalipun
D Walhal

9 Ayah Fazli menggunakan_________untuk mengukur sudut bebendul pintu dengan tepat.
A sesiku
B kekisi
C kekuda
D tetupai

10 Setiap hari Amirul dan rakan-rakannya______________ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.

A mundar-mandir
B berpindah-randah
C berulang-alik
D kunjung -mengunjung

11 Faris sering dipuji oleh Cikgu Rashid kerana_____________yang kemas dan cantik.

A penulis
B menulis
C bertulis
D tulisan


Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.








12 Izwan____________basikal yang putus rantainya semasa pulang dari rumah Syamir..

A menarik
B mengayuh
C menonton
D menuntun

13 __________________ yang berminat menyertai pertandingan reka cipta itu perlu mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Azli.

A Sesiapa-sesiapa
B Sesiapa-siapa
C Sesiapa
D Siapa

14 Murid-murid Tahun Enam Bestari___________ akan mendapat majalah Dewan Pelajar percuma mingu hadapan.

A mungkin
B hendak
C masih
D telah

15 Anuar hanya______________sahaja apabila dia dipuji oleh rakan-rakannya.

A senyum kucing
B senyum sinis
C senyum sumbing
D senyum kambing

16 Naim tidak dapat menelan ubat selesema itu kerana rasanya__________________.
A manis macam madu.
B pahit macam hempedu.
C masin macam garam
D masam macam cuka.

17 Persembahan lakonan kanak-kanak prasekolah itu_______________hati para penonton.

A mencuit
B membuka
C menutup
D mengikat

18 Setiap pagi, nenek akan membuka_______________ di dapur untuk menghirup udara segar.

A daun meja
B daun kipas
C daun tingkap
D daun pokok






19 Budak-budak yang sedang leka bermain itu lari lintang-pukang apabila mendengar suara Pak Murad yang_______________.

A garau
B serak
C merdu
D nyaring

20 Ibu menyuruh Haikal membeli_____________ untuk adiknya yang berusia tiga bulan itu.
A lampin pakai buang
B lampin pakai buangan
C lampin dipakai buang
D lampin pakaian dibuang

21 Beberapa orang murid telah dipanah petir semasa bermain dalam hujan lebat di padang sekolah.
Perkataan seerti bagi dipanah ialah…
A dipancar
B disambar
C diletup
D diserang

22 Haji Fahmi berfikir-fikir sama ada dia perlu turun ke laut ataupun tidak kerana laut bergelora ketika itu.
Perkataan berlawan bagi bergelora ialah…
A baik
B aman
C tenang
D nyaman



Soalan 23 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23 Suhu bumi akan terus meningkat disebabkan oleh pembakaran dan penerokaan hutan yang semakin berleluasa.
A Kekurangan suhu bumi di hutan yang terus meningkat disebabkan oleh kebakaran yang semakin berleluasa.
B Penerokaan hutan yang semakin meningkat serta pembakaran yang berlaku akan menyebabkan suhu bumi terus meningkat.
C Pembakaran dan penerokaan hutan yang semakin terbatas menyebabkan suhu bumi akan terus meningkat.
D Pembakaran hutan yang semakin meningkat serta kekurangan suhu bumi menyebabkan hutan berkurangan.

24 Ibu melarang saya dan adik bermain di padang kerana cuaca panas.
A “ Kamu dan adik bermain di padang,” kata ibu kepada saya dan adik.
B “ Kamu dan adik, cuaca panas di padang,” kata ibu kepada adik dan saya
C “ Cuaca panas jangan bermain,” kata ibu kepada saya dan adik di padang
D “ Kamu dan adik jangan bermain di padang kerana cuaca panas,” kata ibu kepada saya dan adik.

Soalan 25
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah
25 Bilakah agaknya kerja-kerja menurap jalan raya itu akan siap?

A Pelbagai masalah telah kami hadapi dalam usaha menyiapkan kerja-kerja tersebut.
B Kami telah memulakan kerja-kerja menurap jalan raya itu sejak pagi semalam.
C Jika semuanya berjalan dengan lancar, paling lewat pun petang ini.
D Ya, memang kami akan menurap jalan raya itu sehingga siap.



Soalan 26
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

26 Pada cuti penggal yang lalu , saya pergi melancong ke Pulau Kapas.

A Adakah kamu pergi melancong ke Pulau Kapas?
B Bilakah kamu pergi melancong ke Pulau Kapas?
C Mengapakah kamu pergi ke Pulau Kapas?
D Di manakah kamu pergi melancong?

Soalan 27 hingga Soalan 28

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27 I
II
III
IV Kertas litmus itu bertukar warna setelah dicelup ke dalam larut itu.
Walaupun hari sudah larut malam, ayah masih belum pulang lagi.
Ibu memasukkan gula ke dalam air panas supaya cepat larut.
Pak Hamid sudah uzur kerana usianya telah larut.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV







28 I
II
III
IV Bekas luka pada kaki Iskandar masih jelas kelihatan.
Encik Saufi bekas guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Permai.
Munirah menyuruh Faiq menyimpan biskut itu di dalam bekas kaca yang bertutup.
Datuk membawa dua bekas kayu api semasa pulang dari hutan.

A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV


Soalan 29 hingga Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
29 I
II
III
IV Oleh kerana hari hujan lebat, Cikgu Kamarul membatalkan latihan sukan itu.
Jantung adalah organ yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan.
Adik Aiman mengunyah nasi hingga lumat sebelum menelannya.
Sesetengah murid tahun enam suka membawa bekalan ke sekolah.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

30 I
II
III

IV Azri menerima sepucuk surat daripada sahabat lamanya.
Cik Zunainah sering membawa anak buahnya makan di Gemilang Restoran.
Ketupat ialah makanan istimewa orang Melayu yang sering dihidangkan pada hari raya.
Ibu memasukkan beberapa biji kaca guli ke dalam pasu yang baru dibelinya itu.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Zaidi : Sudahkah kamu menyiapkan karangan yang diberi oleh Cikgu Zaki semalam, Aidil?
Aidil: Belum lagi, Zaidi. Saya masih tidak dapat mencari isi karangan tentang faedah-faedah membaca surat khabar tu.
Zaidi : Pergilah ke perpustakaan sekolah. Di sana, banyak buku contoh karangan yang dapat kamu jadikan bahan rujukan. Semalam saya dan Jamal pergi ke perpustakaan. Kami
mendapat banyak maklumat berkaitan tajuk karangan yang diberi oleh Cikgu Zaki
itu.
Aidil: Wah, kalau begitu bolehlah saya meminjam buku karangan kamu! Jadi, tidak
perlulah saya bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan.
Zaidi : Bukan saya tidak mahu meminjamkan buku saya kepada kamu, Aidil, tetapi saya
berpendapat adalah lebih baik jika kamu sendiri yang mencari maklumat tentang tajuk
karangan itu. Sekurang-kurangnya kamu dapat melatih diri kamu untuk berjinak-jinak
dengan perpustakaan. Mungkin juga, maklumat yang kamu peroleh nanti lebih
banyak dan lebih baik berbanding maklumat yang saya peroleh.
Aidil: Betul juga kata-kata kamu itu, Zaidi. Selama ini saya hanya bergantung kepada rakan-
rakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan. Oleh sebab itulah
keputusan peperiksaan saya kurang memuaskan. Terima kasih kerana menyedarkan
saya. Saya berjanji selepas ini saya akan belajar untuk berdikari.
Zaidi : Baguslah kalau kamu telah sedar, Aidil. Sekiranya kamu ada masalah tentang
pelajaran saya sedia membantu kamu.
Aidil : Terima kasih , Zaidi. Kamu memang baik hati.



31 Apakah tajuk karangan yang dibekalkan oleh Cikgu Zaki?
A Faedah Pergi ke Perpustakaan
B Faedah Membaca Surat Khabar
C Faedah Meminjam Buku
D Faedah Berdikari

32 Mengapakah Aidil tidak mahu meminjamkan buku karangannya kepada Zaidi?
A Aidil tidak suka Zaidi meniru
B Zaidi tidak ada masa untuk pergi ke perpustakaan
C melatih supaya Zaidi berusaha sendiri
D karangan Aidil tidak begitu baik

33 Pada pendapat kamu, selain perpustakaan di mana kamu boleh mendapatkan maklumat dengan cepat?
A laman sesawang
B rakan sekelas
C buku
D kamus

34 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas
A Cikgu Zaki guru Bahasa Melayu
B Selama ini Zaidi bergantung harap kepada rakan-rakan
C Keputusan peperiksaan Aidil sangat memuaskan
D Jamal ialah rakan baik Cikgu Zaki

35 Berikut adalah kebaikan pergi ke perpustakaan kecuali
A berbual-bual tentang tajuk karangan di perpustakaan
B membuat rujukan untuk memperoleh maklumat
C boleh melatih diri berdikari
D prestasi pelajaran akan meningkat

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
Nicol Ann David cukup bersinonim dengan sukan skuasy. Gadis kelahiran Pulau Pinang ini dilahirkan pada 26 Ogos 1983. Nicol ialah anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan, Desmond David.
Nicol mencatat sejarah tersendiri dalam sukan skuasy pada Disember 2003. Dia berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 pemain skuasy terbaik dunia. Pada awal tahun 2005, Nicol disenaraikan antara tiga pemain terbaik dunia.
Nicol berusaha keras untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat. Tambahan pula, kejohanan skuasy turut disertai pemain-pemain handalan dunia. Nicol masih meneruskan latihannya di kelab terkemuka di Armsterdam. Dia dilatih oleh bekas pemain wanita nombor dua Liz Irving.
Dalam usia yang muda, Nicol telah meraih kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, tidak menghairankan dia dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia. Namun, Nicol tidak cepat bersikap tinggi diri. Dia lebih selesa memikirkan rentak dan prestasi permainannya. Dia belum berasa puas hati dengan kejayaan yang telah dikecapinya. Nicol menetapkan tempoh sepuluh tahun lagi untuk terus aktif dalam sukan skuasy.
Nicol membuat perncangan yang teliti bagi mengekalkan prestasinya. Antaranya, menjalani latihan yang bersistematik. Nicol turut mengehadkan jumlah penyertaannya dalam kejohanan antarabangsa.
Nicol mempunyai hobi seperti remaja-remaja yang lain juga. Dia gemar melukis untuk koleksi keluarga, menonton televisyen dan membeli-belah.


36 Apakah sejarah manis yang telah diraih oleh Nicol ?
A Tersenarai antara tiga pemain terbaik negara
B Dibimbing oleh kelab professional di Belanda
C Telah melibatkan diri 10 tahun dalam sukan skuasy
D Pemain wanita Asia pertama yang muncul sebagai 10 pemain terbaik dunia






37 Nicol mendapat tunju ajar daripada...
A Ibu bapanya
B Penjaga gol
C Liz Lirving
D Desmond David

38 Nicol telah melakukan beberapa langkah bagi mengekalkan kedudukannya kecuali..
A membuat perancangan yang rapi
B berlatih di bawah kendalian Liz Irving
C giat menjalani latihan di Armsterdam
D menarik diri daripada sebarang kejohanan antarabangsa


39 Yang manakah bukan sikap Nicol?
A gigih berusaha
B merendah diri
C bersemangat waja
D mudah mengalah


40 Maksud kata menempatkan dalam petikan ialah..
A meletakkan
B mengekalkan
C melayakkan
D meneguhkan


KERTAS SOALAN TAMAT