SK.
LEMBAH BERINGIN, KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR
KERTAS
KERJA
MEWUJUDKAN
DAN MENCERIAKAN BILIK KHAS BAHASA MELAYU
2012
- Pendahuluan
Bilik Khas Bahasa Melayu perlu diwujudkan bertujuan untuk
memastikan pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik
dan dengan ini akan  memudahkan guru
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain
berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru SKLB, keadaan
persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik
murid-murid SKLB untuk datang ke bilik Khas Bahasa Melayu dengan lebih kerap.
Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut sebagai
salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya kepada
murid-murid.
Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu “Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, dan dasar
“Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” maka Panitia
Bahasa Melayu SK Lembah Beringin mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan
menceriakan Bilik Khas Bahasa Melayu. Maka 
wajarlah ia  dipertimbangkan dan
mendapat perhatian untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik di SK. Lembah
Beringin bagi menjamin kecemerlangan 
pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar.
2.
        Objektif
·        
Penggunaan yang optimum Bilik
Khas Bahasa Melayu dalam kalangan warga SKLB dapat mendedahkan dan meminati
Bahasa Melayu dalam penulisan atau lisan.
·        
Membentuk suasana Bilik Khas
Bahasa Melayu yang lebih ceria dan selesa untuk kemudakan warga SKLB.
·        
Dapat melahirkan murid yang
cintakan ilmu yang dapat memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita dan mewujudkan
suasana yang lebih  menyeronokkan.
·        
Menempatkan bahan bacaan yang
diminati murid untuk menambah ilmu pengetahuan.
3.
        Rasional & Matlamat
·        
Memastikan Bilik Khas Bahasa
Melayu  sentiasa berada dalam keadaan
yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan
dengan Bahasa Melayu supaya guru dapat bahan p&p dengan mudah dan murid
dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
·        
Meningkatkan kualiti pengurusan
fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan lebih sistematik untuk menjadi
sekolah Berprestasi Tinggi.
4.
        Lokasi Sasaran
Bilik
Khas Bahasa Melayu ( bersebelahan dengan makmal komputer) rujuk lampiran.
5.
        Bahan-bahan yang diperlukan
(Anggaran Perbelanjaan)
Bahan-bahan
keperluan dan bahan untuk keceriaan Bilik Khas Bahasa Melayu
| 
BIL | 
PERKARA | 
KUANTITI | 
ANGGARAN HARGA | 
CATATAN | 
| 
1. | 
Polystrine colour | 
1       
  pack | 
RM
  92.00 | |
| 
2. | 
Mesin pencetak 3
  dalam 1 
Printer 3 in 1 | 
1 | 
RM
  350.00 | |
| 
3. | 
Alat Pemotong  Polystrine | 
1 | 
RM
  120.00 | |
| 
4. | 
Tikar Getah  | 
1
  Gulung | 
RM
  300.00 | |
| 
5. | 
Laminating Film | 
1  pack | 
RM
  42.00 | |
| 
6. | 
Kertas  A4 | 
10  rim | 
RM100.00 | |
| 
7. | 
Stationary 
(double tape,double
  sided) | 
RM
  20.00 | ||
| 
8. | 
Cat  simen ( unggu muda) | 
5
  liter | 
RM
  38.00 | |
| 
9. | 
Kertas warna (warna
  biru tua) | 
30
  x RM 1.20 | 
RM
  36.00 | |
| 
10. | 
Kertas kajang (examination pad ) | 
5
  rim x RM 16.00 | 
RM
  80.00 | |
| 
11. | 
Langsir, rel dan
  cangkuk | 
5
  panel | 
RM
  300.00 | |
| 
12. | 
Rak buku | 
2
  X RM 150 | 
RM
  300.00 | |
| 
13 | 
Cutter papar trimmer | 
1 | 
RM
  90.00 | |
| 
14 | 
Hole Punch | 
1 | 
RM
  15.00 | |
| 
15 | 
Staples Gun | 
1 | 
RM
  20.00 | |
| 
16 | 
Sahibba | 
5
  X RM 55.00 | 
RM
  275.00 | |
| 
17 | 
CD Bunner | 
50
  keping | 
RM
  50.00 | |
| 
18 | 
Kamus Dewan Terkini | 
2
  buah X RM 60.00 | 
RM
  120.00 | |
| 
19 | 
Kamus Pelajar | 
5
  X RM 22.00 | 
RM
  110.00 | |
| 
20 | 
Jam dinding | 
1 | 
RM
  40.00 | |
| 
Jumlah | 
RM
  2498.00 | |||
6.
        Sumber
Kewangan
     PIBG SK Lembah Beringin
7.
Organisasi Panitia Bahasa Melayu
Ketua                           :           Nasation
b. Mohamad Idris.
Ajk                              :
          Cik Norzaila bt. Amir
                                                En.
Maarof b. Saleh.
                                                Pn.
Norziah bt. Md. Ali
                                                En.
Shukri b. Sulong
8.
Penutup
            Pihak
kami amat mengharapkan semoga projek  ini
dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
diharapkan dalam melahirkan  murid yang
cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah
disamping memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.  Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar dan diberkati .
Disediakan oleh,                                                                     Disemak
oleh,
.......................................                                                         ……………................................
(NASATION B. MOHAMAD IDRIS)                                 (PN.HJH. NORLIA BT. SUKRI)           Ketua
Panitia Bahasa Melayu.                                               Guru Besar,                                                 SK.
Lembah Beringin.                                                           SK.
Lembah Beringin.
 Disahkan oleh,
…………………………………..
( YDP PIBG SKLB)
Lampiran
Gambar hadapan
cadangan Bilik Khas Bahasa Melayu.
 Di bahagian belakang
di dalam bilik.
Di bahagian hadapan
di dalam bilik.



 
 
Sangat berguna. Izinkan saya menggunakan kertas kerja ini untuk tujuan yang sama si sekolah saya. Terima kasih.
BalasPadamBudi yang tidak terbalas,ilmu yang dikongsikan.Idea yang mencetuskan pengalaman baru.Terima kasih.
BalasPadamIzinkan saya mengambil sebagai contoh bagi mengadakan bilik yang serupa di sekolah saya.
BalasPadamMinta izin guna paperwork ni ye puan..
BalasPadammohon izin puan
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Mohon kebenaran untuk dijadikan rujukan.
BalasPadam