2 Oktober 2011

TEKNIK CEMERLANG BM UPSR


BAHASA MELAYU  KERTAS 1 (PEMAHAMAN)
40 Soalan objektif. 40/40 = 100% 
TIP UNTUK MENGUASAI SOALAN-SOALAN KEMAHIRAN BAHASA DAN PETIKAN PEMAHAMAN
1.       Segera merujuki kamus untuk mendapatkan  kepastian tentang perkataan dan contoh untuk menggunakan perkataan dengan betul dalam sesuatu ayat.
2.       Banyakkan membaca buku tentang tatabahasa Melayu.
3.       Banyak membaca buku tentang peribahasa Melayu.
4.       Memperkaya dan memahirkan diri dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan membaca banyak buku atau bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
5.       Banyakkan membuat latihan atau perbincangan untuk menjawab soalan-soalan seiras UPSR .

BAHASA MELAYU  KERTAS 2 (PENULISAN)  
BAHAGIAN A (10 MARKAH)
1.       Bina lima ayat berdasarkan bahan grafik yang diberi.
2.        Mestilah membina 5 ayat yang  lengkap. Mengandungi  subjek, predikat dan keterangan.
3.       Markah yang tinggi akan diberi bagi ayat yang gramatis dan tepat serta menepati bahan grafik.Menggunakan kepelbagaian kosa kata yang sesuai,ejaan,imbuhan serta tanda baca yang betul.
BAHAGIAN B (30  MARKAH)
-Ada 3 soalan dan perlu jawab satu soalan sahaja dengan  menulis karangan tidak kurang 80 patah perkataan.
TIP  MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG
1.       Banyak membaca.
2.       Mantapkan penguasaan tatabahasa.
3.       Kuasai format bagi semua jenis karangan dengan membuat banyak latihan dan rujukan.
4.       Meniru dan mengubah suai contoh karangan dalam buku rujukan dengan membuat rangka karangan.
5.       Mempunyai buku catatan untuk mencatat perkataan-perkataan, peribahasa yang tidak difahami dan merujuk buku untuk mencari maknanya.
6.       Membaca dan menyemak setiap kali mendapat semula karangan yang telah ditanda oleh guru.


BAHAGIAN C. (20 MARKAH)

-          Menulis ulasan dalam satu perenggan dan tidak lebih 50 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan.
-          Fahami kehendak soalan. Biasanya perlu  tulis lima pengajaran atau lima nilai murni.
TIP MENGHASILKAN ULASAN CEMERLANG.
1.       Banyak membaca buku dan menganalisis pengajaran atau nilai murni yang ada dengan membuat catatan.
2.       Menghafal pengajaran dan nilai murni yang telah dipelajari dan menghafal rangka jawapan.
3.       Membuat latih tubi mengenali ayat-ayat yang mempunyai pengajaran atau nilai murni agar  baiasa dengan ayat-ayat tersebut.

PESANAN CIKGU:
RAJIN BUAT KERJA YANG DIBERI OLEH GURU DAN RAJIN DATANG SEKOLAH.
JANGAN BERTANGGUH JIKA ADA KERJA YAG DIBERI  DAN HORMATI IBU, BAPA,GURU DAN RAKAN.
MOGA MENDAPAT KECEMERLANGAN UPSR 2011.SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan