30 Oktober 2011

Aktiviti Dialog

Baca dialog di bawah, garisi ayat yang menunjukkan watak menggunakan bahasa memujuk untuk mempengaruhi rakannya.


Azman             :           Khairul, Narendra, mari kita ke   sekolah malam ini. Kelab
Astronomi akan menjalankan aktiviti mencerap gerhana tau! Saya seronok kalau kamu hadir sama.

Khairul            :          Apa yang menariknya aktiviti itu? Saya sudah merancang untuk
menemani abang saya ke dewan bandaran, menonton konsert.

Azman             :         Konsert itu tidak sesuailah dengan kita sebagai murid. Aktiviti
Kelab Astronomi itu lebih berguna, Khairul.

Narendra         :          Mengapa tidak beritahu lebih awal?

Azman             :          Saya pun baru mendapat maklumat dari sekolah. Janganlah
berikan pelbagai alasan. Tidak rugi kalau kamu berdua ikut saya ke sekolah.

Khairul            :           Dalam buku, bukankah sudah diceritakan tentang gerhana?
Untuk apa lagi kita melihatnya?

Narendra         :          Dalam buku itu hanya penerangannya sahaja. Kelab Astronomi
sekolah kita ni membuat amalinya. Amalilah yang lebih penting!

Azman             :          Terima kasih Narendra. Kamu nampaknya sudah bersetuju
mengikut saya. Khairul, apa lagi? Peluang melihat gerhana betul-betul peluang keemasan! Rugi kamu nanti.

Khairul            :           Bolehlah! Saya ubah rancangan saya. Tambahan pula, tiket
konsert itu belum dibeli.



Latihan:          1.  Sekolah kamu akan mengadakan satu perkhemahan badan
     beruniform. Rakan kamu tidak berminat untuk menyertai     
     perkhemahan itu. Tulis satu dialog mengunakan bahasa memujuk 
     untuk mempengaruhi  rakan kamu menyertai perkhemahan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan