21 Oktober 2011

CERITA-CERITA ANIMASI

ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR

SEJAK beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa tempias perkembangan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan dalam bentuk yang lebih efisien, efektif dan interaktif.
Di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan gambar, rajah atau imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-benar dapat ‘melihat’ satusatu teori. Penggunaan animasi dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan belajar melalui melihat. Ia menggabungkan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.
Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam pembelajaran, pelajar dihidangkan dengan senario pembelajaran yang lebih menarik dan memberangsangkan.
Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turut digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan memperkukuh proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk menghasilkan visual tertentu terutama dalam memperkenalkan konsep baru.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan