Pepatah Melayu
-Maksudnya
Ditelan mati emak,
diluahkan mati bapa.
-Susah memilih kerana
kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah
berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
-Orang besar-besar
berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi,
malang tak berbau.
-Kemalangan berlaku
tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar
makan padi.
-Percaya akan orang yang
mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang
jadi arang.
-Kedua-dua pihak yang
berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa
yang kalah. Kedua-duanya hangus.
Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
-Orang yang pandai akan
melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali
jatuh pun cukuplah susah.
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
-Bekerjasama dan saling
menolong.
Sehari selembar benang,
lama-lama jadi kain.
-Sedikit demi sedikit,
lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang,
jangan putih mata.
-Rela mengorbankan nyawa
daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
-Orang yang bercita-cita
akan berusaha mencapainya.
Genggam bara api, biar
sampai jadi arang.
-Bersabar melakukan
kerja yang susah sehingga berjaya.
Jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.
-Kejayaan tidak akan
datang begitu sahaja tanpa berusaha.
Takut kerana salah,
berani kerana benar.
-Berasa takut kerana
melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil
yang jernih.
-Buang yang jahat, ambil
yang baik.
Buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali.
-Lakukan kerja yang baik
biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung
tanah, budi yang baik dikenang juga.
-Budi baik dikenang
walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin
berisi semakin tunduk.
-Semakin banyak
wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang
pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.
-Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan,
nyiru kami tadahkan.
-Menunjukkan kesyukuran
atas pemberian kepada kita.
Orang haus diberi air,
orang lapar diberi nasi.
-Mendapat sesuatu yang
diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan