9 Oktober 2011

Kesalahan Dalam Kata Ganti Diri


Kesalahan Dalam Kata Ganti Diri

Kesalahan yang paling ketara dalam kata ganti nama diri adalah dalam penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Dalam kata ganti nama diri pertama, ku sering dieja secara tidak betul dalm penulisan. Sebagai contoh, Buku itu ku beli tadi. Ku sepatutnya dieja secara bercantum seperti Buku itu kubeli tadi. Selain itu, kami dan kita juga digunakn tidak mengikut tempatnya. Misalnya, kami akan bersahabat selamanya dan kami jangan putuskan ikatan sahabat ini. Penggunaan kami dalam ayat diatas adalah salah kerana kami digunakan apabila orang yang dilawan bercakap hadir bersama-sama dan tidak memasukkan orang kedua dalam perbualan sedangkan dalam ayat di atas memasukkan orang kedua. Kami perlu diganti dengan kita iaitu, kita akan bersahabat selamanya dan kita jangan putuskan ikatan sahabat ini..

Selain itu, penggunaan awak juga digunakan pada bukan tempatnya tetapi tidak nampak ketara. Sebagai contoh, Awak hendak ke mana?.tanya Ali kepada mak cik yang melintas jalan. Penggunaan awak dalam penggunaan ayat di atas tidak sesuai kerana dianggap kasar. Awak digunakan untuk bercakap dengan kawan karib dan orang yang baru dikenali.

Dalam kata ganti nama diri ketiga, beliau sering digunakan sewenang-wenangnya. Beliau digunakan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu pada orang yang tidak dihormati. Contohnya, Penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak boleh digunakan untuk orang yang tidak dihormati dan haiwan. Dalam ayat di atas, penjenayah bukanlah orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak boleh digunakan dan sepatutnya digantikan dengan dia atau ia menjadikan Penjenayah itu dibicarakan dan dia/ia dijatuhi hukuman mati. Kata ganti nama ia digunakan untuk perkara atau benda dan haiwan adalah salah dan tidak boleh digunakan. Misalnya, Rumah itu rumah penjang. Ia terkenal di Sarawak. Penggunaan ia dalam ayat adalah salah kerana ia digunakan untuk merujuk kepada benda atau perkara yang diperkatakan sebelumnya iaitu rumah. Perkataan rumah perlu digantikan dengan rumah iaitu, Rumah itu rumah panjang. Rumah itu terkenal di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan