Baca dialog di bawah dan jawab latihan yang diberi.
Ranjit : Selamat pagi, Encik Raja. Saya murid Sekolah Kebangsaan Lembah
Beringin. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang kadar sewa bas
yang pihak encik kenakan bagi perjalanan ke utara.
Pengusaha bas : Kadar sewa yang dikenakan sebanyak RM200 untuk perjalanan sekitar
Bandar dan RM800 untuk ke negeri lain.
Ranjit : Bolehkah pihak encik kurangkan kadar sewa tersebut mengikut harga
tambang kanak-kanak? Kami dari dari sekolah rendah encik.
Pengusaha bas : Kadar sewa yang kami kenakan adalah standard, iaitu tanpa mengira
umur penumpang.
Ranjit : Kalau begitu, bagaimanakah cara bayarannya?
Pengusaha bas : Kamu boleh membuat bayaran secara tunai sebelum memulakan
perjalanan.
Ranjit : Adakah wang cagaran diperlukan, encik?
Pengusaha bas : Kamu tidak perlu membayar wang cagaran. Bayarlah secara tunai pada
hari kamu akan bertolak.
Ranjit : Baiklah, terima kasih Encik Raja. Saya akan hubungi encik bagi
menentukan tarikh kami memerlukan perkhidmatan tersebut.
Pengusaha bas : Sama-sama. Kami sentiasa bersedia untuk dihubungi.
Latihan.
1. Garisi frasa kata yang menunjukkan permintaan untuk mendapatkan penjelasan dalam dialog
di atas.
2. Buat satu peta minda yang menunjukkan isi utama dan isi sampingan berdasarkan dialog di
atas.
3. Tulis dialog antara kamu dan seorang guru untuk mendapatkan penjelasan tentang cara
membuat sebuah buku skrap untuk satu mata pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan